Berhabuk betul blog ni, kesian dia, digunapakai apabila diperlukan je. Diguna pakai untuk curhat, bak kata Ustaz Hannan Attaki. Curhat tu short form "Curahan Hati". Aku kesini kembali sebab baru aku teringat blog yang sekian lama aku tinggalkan dan aku kesini aku mencurahkan rasa hati dan berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku lalui.
Semenjak dua ni, banyak betul perkara yang berlaku dalam hidup aku yang menguji aku. Terutama bila aku berhadapan dengan diri aku yang semenjak dua ni yang kerap je rasa nak marah diri sendiri and keep blaming myself..
Dan aku pasti, perkara ni bukan sahaja berlaku pada diri aku tapi pada semua yang bergelar manusia. Kita ni, akan ada masa dan waktunya, kita akan salahkan diri kita, kita akan marah pada diri kita sampailah satu tahap, kita sendiri yang menjadikan kita benci diri kita. Kita marah pada diri kita sebab kita salah percaturan, silap dalam membuat keputusan, tersalah langkah dalam sesuatu tindakan yang melibatkan harga diri, maruah dan masa depan. Dan macam-macam lagi perkara yang membuatkan kita marah dan terus menyalahkan diri kita.
Tu belum masuk harapan-harapan orang yang kita sayang yang masih belum kita kecapi atau yang dah kita hancurkan. Sehinggalah dalam kita tak sedar, kita dah benci dengan diri sendiri. Itulah result kepada tindakan kita yang berterusan menyalahkan diri. ENOUGH, beb... ENOUGH!
Walau banyak mana pun air mata sesalan keluar, masa yang lalu takkan mampu untuk diputar kembali. Semua orang tahu konsep "PAST IS PAST". Tapi tak semua yang faham dan hayati maksud tersirat dan tersurat di sebaliknya.
Dalam masa lalu atau kesilapan yang telah kita lakukan, itulah pengalaman dan pengajaran. Kerana itulah naik turun kehidupan. Kita takkan belajar sesuatu jika tiada kesilapan-kesilapan tu. Kita takkan dapat pengalaman dan pengajaran mahal tu kalau tiada those mistakes..
Cuma apa yang perlu kita lakukan, tetaplah hargai "THE PAST" dengan cara kita yang tersendiri. Bukan dengan terus menyalahkan diri tapi dengan tindakan-tindakan untuk memperbaiki. Cherish every moments that we had because those moments are priceless.
Kita ni manusia biasa tau, adakalanya ada juga masa-masa tertentu yang kita akan salahkan diri dan benci pada apa yang kita buat. Sebenarnya bagus sebab kita ada kesedaran tapi biarlah disusuli dengan tindakan. Sesalan tu biarlah sederhana, marah pada diri tu biarlah berpada. Kerana kita takkan belajar erti hidup without those mistakes.. Dari duk marah pada diri, please do something pada diri. Perbaiki dan terus perbaiki agar pisang tidak berbuah dua kali.
Dan yang paling penting, kita harus latih diri untuk terima, berlapang dada atau dalam bahasa mudahnya kita perlu redha dengan perkara-perkara yang dah berlaku di masa lalu. Terima dengan hati yang terbuka dan hargai setiap detik yang kita hadapi sekarang. This is because kita takkan mampu untuk merubah cerita masa lalu namun kita mampu untuk membentuk impian di masa hadapan. Dengan kata kunci "THE POWER OF HERE AND NOW", kita perlu bersedia untuk terus melangkah, kerana hanya diri kita je yang boleh bantu diri kita. Dan hanya kepada yang memilih untuk terus melangkahkan kaki je yang akan sampai ke destinasi.
This is about journey, perjalanan setiap orang takkan sama dan takkan pernah sama. Lain orang, lain kekuatannya. Lain orang, lain kelemahannya. Lain orang, lain kisah dan pengalaman hidupnya. Uniknya aturan Allah, Subhanallah.. Yang pasti, suatu yang sama tentang semua manusia adalah kita semua ada kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri yang perlu kita bangunkan demi masa hadapan yang lebih baik.
Pujuk diri untuk terima segala yang telah berlaku, semua pasti ada hikmah. Tidak Tuhan aturkan sesuatu itu tanpa sebab musabab. Andai hikmah yang kita cari, pasti kita temui. Andai petunjuk Allah yang kita harapkan, pasti Dia kurniakan. Andai Redha Allah yang kita dambakan, pasti Dia kabulkan.
Terima diri kita siapa pun kita, hormati diri kita kerana diri kita berhak dihormati.. Dan yang paling penting, bila kita berusaha untuk terima diri, hormati diri, kita dah bantu diri kita untuk sayangi diri sendiri. SELF-LOVE itu sangat penting untuk kita terus yakin pada diri sendiri dalam terus melangkah mengejar dan mencorak masa hadapan yang kita impikan.
I do believe in you. I know you can face this and I know you can do it.
Keep the faith, survivors and believers!
Power of Giving
Wednesday, 11 September 2019
Thursday, 19 April 2018
Penyakit Cinta Dunia
Salam Jumuah Barakah buat semua. Alhamdulillah, bersyukur beb masih diberi anugerah untuk teruskan kehidupan. Hidup itu sendiri adalah satu anugerah.
Regarding to the topic above, "Penyakit Cinta Dunia". It's about we love everything about this world sedangkan all of these ni just a temporary.
Sedangkan semua yang bernyawa pasti akan mati jua. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, begitu juga dengan usia dan kehidupan kita di dunia.
Hidup adakalanya kita serahkan bulat-bulat pada tempat belajar kita, tempat kerja kita, siang malam pagi petang sampai adakalanya kita tak perasan yang kita terlalu sibuk mencipta diri kita dalam dunia yang sementara ni. Terlalu sibuk sampai kita tak perasan kita tak mencipta pun siapa diri kita di alam akhirat nanti.
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntng. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al-Imran : 185)
"Every soul will taste death, and you will only be given your (full) compensation of the Day of Ressueection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained (his desire). And what is the life of this world except the enjoyment of delusion. (Al-Imran : Verse 185)
Bila bercakap soal mati, bersediakah kita untuk menghadapinya? Jodoh dan rezeki itu rahsia Allah, sama juga seperti mati ni, rahsia Tuhan. Datangnya tidak diduga dan pasti memberi seribu satu rasa. Dan kita juga tidak seharusnya menanti dengan penuh setia tanpa sebarang usaha kerana semua nya akan diperhitung dan disoal kelak.
Sebab lately ni my daily schedule sangatlah dipenuhi tuntutan-tuntutan dunia sampai adakalanya aku terlepas masa bersama dengan Dia. Sedangkan Dia itu lebih dekat dengan kita.. Apapun kita kena kembali pada Dia, bukan setakat fardhu tapi perkara-perkara yang boleh menghidupkan jiwa kita, roh kita.
Sesungguhnya kita ini adalah insan yang bertuhan, bukan insan yang bertuan. Moga dengan tulisan yang biasa-biasa ini mampu memberikan aku pahala yang hidup even aku dah tiada di atas muka bumi ini nanti.. Hidup sekali biarlah berbakti dan berbudi.
Hidup-hidupkan Jasa, Hidup Biar Berjasa.
Salam Jumuah Barakah!
Friday, 10 November 2017
Begin of Life
Salam kasih dan cinta buat para pembaca,
Huluran salam kenalan moga bahagia,
Dugaan ataupun nikmat yang diterima,
Haruslah syukur dan terima seadanya.
Warna warni kehidupan menceriakan,
Senyuman orang tersayang membahagiakan,
Airmata insan tercinta menyesakkan,
itulah sifat lumrah kehidupan,
Semuanya sementara dan pinjaman.
Kerana kita semua akan kembali semula,
Pada Yang Maha Mencipta,
Buat selama-lamanya.
Ok, saja je aku start dengan bahasa yang membuai, tengah melayan perasaan. Haha. Kidding okeh.
Beginilah rupanya jika baru nak aktifkan blog sendiri, esaited dia lain macam. Sedangkan sebelum ni aku ada je blog, cuma itu untuk tujuan study jelah.
Cuma nak pesan pada diri dan pembaca semua, setiap hari adalah hari yang terbaik untuk kita. Manfaatkan masa yang ada sekarang untuk mewarnai corak masa hadapan. Maximize the present time is better rather than regretting the past, orang kampung aku kata. Hehe.
Manusia ni kan, ada 3 golongan tau. Satu, rugi. Kedua, celaka. Ketiga, Untung.
Jenis manusia apa yang rugi ni? Yang rugi ini, orang yang hari ini sama je macam semalam. Kalau semalam bad, hari ini pun bad. Nothings changed at all.
Jenis manusia yang celaka pula, semalam bad, tapi hari ini lebih bad. Kalau semalam dah menipu sekali, tapi hari ni duk menipu tiga kali. Wow, maju dah! Tapi maju dia bad side and definitely bad because it become worst, orang kampung aku kata. Macam tulah.
And last but not least is manusia yang untung. Untung ni sebab hari ini lebih baik dari hari semalam, which means ada improvement, Pak Arab kata ada pengislahan disitu. Kalau semalam dah sakitkan hati orang, tapi hari ni pergi jumpa orang tu and say sorry. Takpelah, mengalah tak semestinya kita kalah tapi jiwa tu besar, Ostad aku kata..
So, which one yang diri kita ni?
Life is about give and take, so do give the best for yourself and others, because what you give, you will definitely get it back!
"Sebarkan kebaikan, kongsikan kebahagiaan"
Huluran salam kenalan moga bahagia,
Dugaan ataupun nikmat yang diterima,
Haruslah syukur dan terima seadanya.
Warna warni kehidupan menceriakan,
Senyuman orang tersayang membahagiakan,
Airmata insan tercinta menyesakkan,
itulah sifat lumrah kehidupan,
Semuanya sementara dan pinjaman.
Kerana kita semua akan kembali semula,
Pada Yang Maha Mencipta,
Buat selama-lamanya.
Ok, saja je aku start dengan bahasa yang membuai, tengah melayan perasaan. Haha. Kidding okeh.
Beginilah rupanya jika baru nak aktifkan blog sendiri, esaited dia lain macam. Sedangkan sebelum ni aku ada je blog, cuma itu untuk tujuan study jelah.
Cuma nak pesan pada diri dan pembaca semua, setiap hari adalah hari yang terbaik untuk kita. Manfaatkan masa yang ada sekarang untuk mewarnai corak masa hadapan. Maximize the present time is better rather than regretting the past, orang kampung aku kata. Hehe.
Manusia ni kan, ada 3 golongan tau. Satu, rugi. Kedua, celaka. Ketiga, Untung.
Jenis manusia apa yang rugi ni? Yang rugi ini, orang yang hari ini sama je macam semalam. Kalau semalam bad, hari ini pun bad. Nothings changed at all.
Jenis manusia yang celaka pula, semalam bad, tapi hari ini lebih bad. Kalau semalam dah menipu sekali, tapi hari ni duk menipu tiga kali. Wow, maju dah! Tapi maju dia bad side and definitely bad because it become worst, orang kampung aku kata. Macam tulah.
And last but not least is manusia yang untung. Untung ni sebab hari ini lebih baik dari hari semalam, which means ada improvement, Pak Arab kata ada pengislahan disitu. Kalau semalam dah sakitkan hati orang, tapi hari ni pergi jumpa orang tu and say sorry. Takpelah, mengalah tak semestinya kita kalah tapi jiwa tu besar, Ostad aku kata..
So, which one yang diri kita ni?
Life is about give and take, so do give the best for yourself and others, because what you give, you will definitely get it back!
"Sebarkan kebaikan, kongsikan kebahagiaan"
Subscribe to:
Posts (Atom)