Friday, 10 November 2017

Begin of Life

Salam kasih dan cinta buat para pembaca,
Huluran salam kenalan moga bahagia,
Dugaan ataupun nikmat yang diterima,
Haruslah syukur dan terima seadanya.

Warna warni kehidupan menceriakan,
Senyuman orang tersayang membahagiakan,
Airmata insan tercinta menyesakkan,
itulah sifat lumrah kehidupan,
Semuanya sementara dan pinjaman.
Kerana kita semua akan kembali semula,
Pada Yang Maha Mencipta,
Buat selama-lamanya.


Ok, saja je aku start dengan bahasa yang membuai, tengah melayan perasaan. Haha. Kidding okeh.
Beginilah rupanya jika baru nak aktifkan blog sendiri, esaited dia lain macam. Sedangkan sebelum ni aku ada je blog, cuma itu untuk tujuan study jelah.

Cuma nak pesan pada diri dan pembaca semua, setiap hari adalah hari yang terbaik untuk kita. Manfaatkan masa yang ada sekarang untuk mewarnai corak masa hadapan. Maximize the present time is better rather than regretting the past, orang kampung aku kata. Hehe.

Manusia ni kan, ada 3 golongan tau. Satu, rugi. Kedua, celaka. Ketiga, Untung.

Jenis manusia apa yang rugi ni? Yang rugi ini, orang yang hari ini sama je macam semalam. Kalau semalam bad, hari ini pun bad. Nothings changed at all. 

Jenis manusia yang celaka pula, semalam bad, tapi hari ini lebih bad. Kalau semalam dah menipu sekali, tapi hari ni duk menipu tiga kali. Wow, maju dah! Tapi maju dia bad side and definitely bad because it become worst, orang kampung aku kata. Macam tulah.

And last but not least is manusia yang untung. Untung ni sebab hari ini lebih baik dari hari semalam, which means ada improvement, Pak Arab kata ada pengislahan disitu. Kalau semalam dah sakitkan hati orang, tapi hari ni pergi jumpa orang tu and say sorry. Takpelah, mengalah tak semestinya kita kalah tapi jiwa tu besar, Ostad aku kata..

So, which one yang diri kita ni?

Life is about give and take, so do give the best for yourself and others, because what you give, you will definitely get it back!

"Sebarkan kebaikan, kongsikan kebahagiaan"