Berhabuk betul blog ni, kesian dia, digunapakai apabila diperlukan je. Diguna pakai untuk curhat, bak kata Ustaz Hannan Attaki. Curhat tu short form "Curahan Hati". Aku kesini kembali sebab baru aku teringat blog yang sekian lama aku tinggalkan dan aku kesini aku mencurahkan rasa hati dan berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku lalui.
Semenjak dua ni, banyak betul perkara yang berlaku dalam hidup aku yang menguji aku. Terutama bila aku berhadapan dengan diri aku yang semenjak dua ni yang kerap je rasa nak marah diri sendiri and keep blaming myself..
Dan aku pasti, perkara ni bukan sahaja berlaku pada diri aku tapi pada semua yang bergelar manusia. Kita ni, akan ada masa dan waktunya, kita akan salahkan diri kita, kita akan marah pada diri kita sampailah satu tahap, kita sendiri yang menjadikan kita benci diri kita. Kita marah pada diri kita sebab kita salah percaturan, silap dalam membuat keputusan, tersalah langkah dalam sesuatu tindakan yang melibatkan harga diri, maruah dan masa depan. Dan macam-macam lagi perkara yang membuatkan kita marah dan terus menyalahkan diri kita.
Tu belum masuk harapan-harapan orang yang kita sayang yang masih belum kita kecapi atau yang dah kita hancurkan. Sehinggalah dalam kita tak sedar, kita dah benci dengan diri sendiri. Itulah result kepada tindakan kita yang berterusan menyalahkan diri. ENOUGH, beb... ENOUGH!
Walau banyak mana pun air mata sesalan keluar, masa yang lalu takkan mampu untuk diputar kembali. Semua orang tahu konsep "PAST IS PAST". Tapi tak semua yang faham dan hayati maksud tersirat dan tersurat di sebaliknya.
Dalam masa lalu atau kesilapan yang telah kita lakukan, itulah pengalaman dan pengajaran. Kerana itulah naik turun kehidupan. Kita takkan belajar sesuatu jika tiada kesilapan-kesilapan tu. Kita takkan dapat pengalaman dan pengajaran mahal tu kalau tiada those mistakes..
Cuma apa yang perlu kita lakukan, tetaplah hargai "THE PAST" dengan cara kita yang tersendiri. Bukan dengan terus menyalahkan diri tapi dengan tindakan-tindakan untuk memperbaiki. Cherish every moments that we had because those moments are priceless.
Kita ni manusia biasa tau, adakalanya ada juga masa-masa tertentu yang kita akan salahkan diri dan benci pada apa yang kita buat. Sebenarnya bagus sebab kita ada kesedaran tapi biarlah disusuli dengan tindakan. Sesalan tu biarlah sederhana, marah pada diri tu biarlah berpada. Kerana kita takkan belajar erti hidup without those mistakes.. Dari duk marah pada diri, please do something pada diri. Perbaiki dan terus perbaiki agar pisang tidak berbuah dua kali.
Dan yang paling penting, kita harus latih diri untuk terima, berlapang dada atau dalam bahasa mudahnya kita perlu redha dengan perkara-perkara yang dah berlaku di masa lalu. Terima dengan hati yang terbuka dan hargai setiap detik yang kita hadapi sekarang. This is because kita takkan mampu untuk merubah cerita masa lalu namun kita mampu untuk membentuk impian di masa hadapan. Dengan kata kunci "THE POWER OF HERE AND NOW", kita perlu bersedia untuk terus melangkah, kerana hanya diri kita je yang boleh bantu diri kita. Dan hanya kepada yang memilih untuk terus melangkahkan kaki je yang akan sampai ke destinasi.
This is about journey, perjalanan setiap orang takkan sama dan takkan pernah sama. Lain orang, lain kekuatannya. Lain orang, lain kelemahannya. Lain orang, lain kisah dan pengalaman hidupnya. Uniknya aturan Allah, Subhanallah.. Yang pasti, suatu yang sama tentang semua manusia adalah kita semua ada kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri yang perlu kita bangunkan demi masa hadapan yang lebih baik.
Pujuk diri untuk terima segala yang telah berlaku, semua pasti ada hikmah. Tidak Tuhan aturkan sesuatu itu tanpa sebab musabab. Andai hikmah yang kita cari, pasti kita temui. Andai petunjuk Allah yang kita harapkan, pasti Dia kurniakan. Andai Redha Allah yang kita dambakan, pasti Dia kabulkan.
Terima diri kita siapa pun kita, hormati diri kita kerana diri kita berhak dihormati.. Dan yang paling penting, bila kita berusaha untuk terima diri, hormati diri, kita dah bantu diri kita untuk sayangi diri sendiri. SELF-LOVE itu sangat penting untuk kita terus yakin pada diri sendiri dalam terus melangkah mengejar dan mencorak masa hadapan yang kita impikan.
I do believe in you. I know you can face this and I know you can do it.
Keep the faith, survivors and believers!